Monday, April 15, 2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 1445 H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
1445 H

Daripada :
Mr. Nik Fairuz Hakim Bin Nik Omar
Pengarah Pusat Homeopathy & Akupuntur
Timb. Presiden Persatuan Pengamal Homeopati Berdaftar Malaysia
YDP Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia

Tuesday, March 19, 2024

ANDA ADA MASALAH VERTIGO @ DIZZINESS ?

 KAEDAH AKUPUNTUR MERAWAT PENYAKIT VERTIGO @ DIZZINESS




APA ITU VERTIGO?

Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan. Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.


PUNCA VERTIGO
Ia boleh berpunca daripada punca periferal atau central atau gabungan kedua-duanya sekali.

Punca Periperal:

Vertigo disebabkan oleh gangguan telinga dalam atau sistem vestibular.

Sistem vestibular terdiri daripada semicircular canals, vestibule (Utricle dan saccule) dan saraf vestiburlar.

Punca utama gangguan vestibular periferal adalah disebabkan oleh kondisi Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), yang melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Sebab-sebab lain termasuk penyakit Meniere, Labryrinthitis, neuronitis.

Punca central:

Vertigo disebabkan kecederaan pada brainstem atau cerebellum. Punca utama gangguan Vestibular central adalah transience ischaemic attack, vestibular schwannoma / cerebellar tumours, cervical spine disorder, migraine headaches, multiple sclerosis ,disfungsi otak dan sakit kepala migraine


TANDA VERTIGO
  • Rasa berpusing
  • Pening
  • Loya
  • muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan


RUJUKAN : http://www.myhealth.gov.my/fisioterapi-untuk-vertigo/#:~:text=Apakah%20Vertigo%3F-,Vertigo%20adalah%20sensasi%20palsu%20di%20mana%20diri%20sendiri%2C%20persekitaran%2C%20atau,manusia%20yang%20melibatkan%20keseimbangan%20badan.






Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat antaranya :

Du 20., Ex.1., Ex.2., GB8.

PULIHKAN TELINGA BERDESING (TINITUS) DENGAN AKUPUNTUR

 



TELINGA BERDESING (EAR NOISES)

Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .

Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.

Tanda dan Gejala

Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit. Ia boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga. Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang

Gejala gejala berkaitan:

  • kurang pendengaran
  • sakit kepala
  • pening kepala(vertigo)


Sebab-sebab

  • Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti Antara punca-punca yang dikenalpasti:
  • Saluran darah tidak normal
  • Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
  • Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
  • Kecederaan kepala
  • Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
  • Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
  • Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
  • Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
  • Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
  • Angin ahmar
  • Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.

Gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:

  • Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga dalam atau otak
  • Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
  • Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain

Komplikasi

  • Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
  • Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius


RUJUKAN : http://www.myhealth.gov.my/en/bunyi-berdesing-di-telinga/



Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat antaranya :

Du 20., SJ.21.,SI 19., GB 2., SJ 17

Rujukan : Clinical Acupunture & Moxisbustion “ The Classical Medicine “




RAWAT SEMBELIT DENGAN AKUPUNTUR

Sembelit

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.

Tanda dan Gejala

· Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.

· Perut kembung, kejang atau sakit.

· Kurang selera makan.

· Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.

· Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.


Sebab-Sebab

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

· Kurang serat dalam diet.

· Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).

· Pengubatan.

· Susu.

· Sindrom gangguan usus (Irritable bowel syndrome).

· Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.

· Penyalahgunaan julap.

· Menahan untuk membuang air besar.

· Kekurangan air.

· Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.

· Masalah dengan kolon dan rektum.

· Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik tanpa sebab).


Komplikasi

· Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling dubur). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

· Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan warga emas. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.



RUJUKAN : http://www.myhealth.gov.my/sembelit-3/




RAWATAN ALTERNATIVE :

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat sembelit, antaranya adalah:

St 25.,DU 20., SJ.6., ST.36

RUJUKAN : CLINICAL ACUPUNTURE & MOXIBUSTION “THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE”

Friday, March 15, 2024

Merawat Bell's Palsy Dengan Rawatan Akupuntur

 RAWAT BELL’S PALSY DENGAN AKUPUNTUR




Apakah itu Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

 Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Ada beberapa komplikasi yang mungkin akan terjadi akibat daripada penyakit Bell’s palsy iaitu:


1. Gangguan pada bebola mata

2. Kesulitan untuk makan, minum, dan berbicara.

3. Kelemahan atau kelumpuhan otot

4. Otot muka menjadi berkedut.

5. Kemampuan deria rasa menurun.

6. Kelopak mata tidak dapat tutup dengan rapat.

7. Air liur mungkin meleleh keluar.

Rawatan Acupuncture merupakan salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk penyakit bell palsy atau herot muka ini.


Ruj : https://http://myhealth.moh.gov.my/en/bells-palsy/#:~:text=Bell's%20palsy%20is%20an%20acute,the%20face%20involving%20facial%20nerve.





Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat migrain, antaranya adalah:

G.B. 14., ST.2., St.3., St.5., S.I 18., Ex. 5

Ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”




Tuesday, March 12, 2024

 PENYEMBUHAN APPENDICTIS MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR 




Apakah itu sakit appendix

Sakit appendix (appendicitis) adalah radang appendix. Appendix merupakan organ sepanjang 3.5 inci dari usus besar. Appendix mengandungi tisu khusus yang boleh menghasilkan antibodi, fungsinya tidak dapat dipastikan sampai sekarang. Oleh itu, kita boleh hidup tanpa appendix

Sakit appendix adalah kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan appendix

Kadang-kadang abses yang berisi nanah membentuk di luar appendix yang meradang. Tisu parut kemudian "menanggalkan" appendix dari seluruh bahagian perut untuk mencegah jangkitan daripada merebak. Appendix yang bernanah adalah keadaan yang kurang penting, tetapi malangnya, ia tidak dapat dikenal pasti tanpa pembedahan. Atas sebab ini, semua kes sakit appendix dianggap sebagai kecemasan yang memerlukan pembedahan.

Apakah penyebab sakit appendix

Dalam banyak kes, penyebab sakit appendix tidak diketahui. Doktor percaya bahawa sumbatan di appendix boleh menyebabkan jangkitannya. Sumbatan mungkin separa atau lengkap. Sumbatan lengkap adalah penyebab pembedahan kecemasan.

Sumbatan sering disebabkan oleh pengumpulan bahan tahi. Ia juga boleh tersumbat akibat:

  • Folikel limfoid yang membesar
  • Cacing
  • Trauma
  • Tumor

Apabila terdapat sumbatan di appendix anda, bakteria boleh berlipat ganda di dalam organ. Ini membawa kepada pembentukan nanah. Tekanan yang meningkat dalam appendix menyebabkan kesakitan. Ia juga boleh memampatkan saluran darah di situ. Kekurangan aliran darah ke appendix boleh menyebabkan gangren.

Sekiranya appendix pecah, kandungan appendix boleh mengisi rongga perut. Ini adalah kecemasan perubatan.

“Peritonitis” adalah satu lagi kemungkinan akibat daripada appendix pecah. Ia adalah keradangan tisu yang melingkari dinding perut. Organ-organ lain juga boleh dijejaskan selepas appendix pecah. Organ yang terjejas mungkin termasuk “caecum”, pundi kencing, dan kolon sigmoid.

Sekiranya kebocoran appendix berlaku, ia boleh membentuk abses. Kawasan dijejaskan adalah lebih kecil. Walaubagaimanapun, abses masih boleh berbahaya.

Apakah gejala sakit appendix

Simptom klasik sakit appendix adalah termasuk kesakitan yang tidak menyenangkan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila kesakitan beralih ke bahagian bawah perut sebelah kanan. Lokasi ini dikenali sebagai “McBurney Point”. Ini biasanya merupakan tanda pertama.

Anda mungkin mengalami satu atau lebih gejala yang berikut seperti:

  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Ketidakupayaan untuk kentut
  • Perut kembung
  • Demam
  • Kekejangan perut
  • Sakit semasa membuang air kencing

Sesiapa yang mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Terdapatlah penyakit-penyakit yang lain mungkin manifes dengan gejala-gejala tersebut seperti jangkitan saluran kencing. Oleh itu, kepakaran doktor diperlukan untuk menyingkirkan diagnosa yang lain.

Ruj : https://https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kesihatan-penghadaman/gangguan-pencernaan-lain/penyebab-sakit-appendix 




Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat appendix, antaranya adalah:

LI. 4, LI.11, ST.36

Monday, March 11, 2024

MANFAAT RAWATAN AKUPUNTUR

12 Manfaat Akupuntur


1. Sakit saraf 
2. Stroke
3. Sakit kepala
4. Sakit tulang
5. Migrain
6. Merangsang tenaga
7. Membantu kemurungan
8. Mengatasi pelbagai penyakit 
9. Tidak ada kesan sampingan
10. Merawat kebebasan
11. Akupuntur wajah
12. Akupuntur untuk kuruskan badan