Friday, March 15, 2024

Merawat Bell's Palsy Dengan Rawatan Akupuntur

 RAWAT BELL’S PALSY DENGAN AKUPUNTUR




Apakah itu Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

 Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Ada beberapa komplikasi yang mungkin akan terjadi akibat daripada penyakit Bell’s palsy iaitu:


1. Gangguan pada bebola mata

2. Kesulitan untuk makan, minum, dan berbicara.

3. Kelemahan atau kelumpuhan otot

4. Otot muka menjadi berkedut.

5. Kemampuan deria rasa menurun.

6. Kelopak mata tidak dapat tutup dengan rapat.

7. Air liur mungkin meleleh keluar.

Rawatan Acupuncture merupakan salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk penyakit bell palsy atau herot muka ini.


Ruj : https://http://myhealth.moh.gov.my/en/bells-palsy/#:~:text=Bell's%20palsy%20is%20an%20acute,the%20face%20involving%20facial%20nerve.





Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat migrain, antaranya adalah:

G.B. 14., ST.2., St.3., St.5., S.I 18., Ex. 5

Ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”




No comments:

Post a Comment